Skip to main
Logo Malaysiakini

Zafrul saran bank lupus faedah terakru dalam tempoh 6 bulan penangguhan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menggesa bank supaya mempertimbangkan untuk tidak mengenakan faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh (skim moratorium) penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan.

“Mengambil kira terdapat kemungkinan ia dapat dilaksanakan dan setelah mendengar permintaan rakyat, saya ingin menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium ini untuk mempertimbangkan supaya faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) dilupuskan sewaktu tempoh enam bulan moratorium,” katanya pada satu hantaran Facebook pagi tadi.

Jelasnya, pihak kementerian sedia untuk bekerjasama dengan pihak "Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat."

Pada 30 April lalu, BNM menjelaskan bahawa dua jenis produk pembiayaan akan terus dikenakan caj faedah terakru atau bayaran keuntungan dalam tempoh moratorium.

Peminjam perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islam kadar tetap yang mengambil moratorium enam bulan berkenaan kini dilaporkan perlu membayar faedah tambahan.

Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminjam yang pada awalnya mempercayai perkara sebaliknya.

Menurut soalan lazim terbaru, Bank Negara menjelaskan bahawa peminjam bank harus berunding dengan pegawai bank mereka berkenaan pilihan pembayaran selepas moratorium.

Pilihan termasuk melanjutkan tempoh atau meningkatkan ansuran bulanan.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.