Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis tangkap 410 orang ingkar PKP semalam - Ismail Sabri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak polis semalam telah menangkap 410 individu semalam kerana ingkar PKP.

"(Ia) merangkumi 372 individu yang direman dan 38 individu dijamin polis.

"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 1 Mei 2020 (semalam) adalah sebanyak 23,266 individu," kata beliau pada sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail lagi, pada 1 Mei semalam, pihak polis bersama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 820 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 486,307 kenderaan.

"Sebanyak 35,834 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 7,065 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa," katanya lagi.

Mulai Isnin, kerajaan akan melaksanakan Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan memberikan beberapa kelonggaran

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.