Skip to main
Logo Malaysiakini

Ismail: K'jaan tak tergesa-gesa longgarkan PKP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan ekonomi pada Isnin depan cuma sedikit kelonggaran yang tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Beliau berkata terdapat beberapa sektor yang masih dilarang beroperasi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

"Tidak buka keseluruhan. Bukan semua operasi. Contoh Kementerian Pendidikan masih belum operasi.

"Sekolah, universiti belum lagi. Himpunan ramai masih tidak dibenarkan. Penjarakan sosial masih diperlukan," katanya pada sidang harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Ismail menolak dakwaan kerajaan membuka ekonomi secara tergesa-gesa.

Senarai sektor yang dilarang, jelas beliau akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.