Skip to main
Logo Malaysiakini

KKM timbang langkah kurang kesesakan di hospital

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) menimbang beberapa langkah untuk mengelakkan kesesakan di hospital.

Ia termasuklah melanjutkan waktu operasi dan mengalihkan beberapa operasi ke atas talian.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hospital kini "sesak" akibat wabak Covid-19.

Berbanding kebiasaan pesakit untuk mengambil ubat di hospital, KKM kini menimbang untuk melakukannya secara atas talian atau penghantaran melalui pos.

"Misalnya kita boleh rawat pesakit di rumah mereka. Penjagaan berasaskan domestik bermaksud warga KKM memberikan perkhidmatan di rumah," katanya.

Selain itu, KKM juga menimbang untuk hospital melanjutkan perkhidmatan rundingan pada Sabtu dan Ahad.

Selain itu, lanjutan waktu operasi kepada pukul 10 malam turut dalam pertimbangan kementerian itu.

"Kita buat penjarakan (temu janji) dengan melaksanakan menyusun waktu temu janji," katanya lagi.

Selain itu, bagi mengelakkan kesesakan dalam bangunan, Noor Hisham berkata pihaknya juga menimbang agar mereka yang datang awal menunggu "dalam kereta atau di kawasan lapang" sebelum bertemu doktor.

"Kita (juga) tak mahu kesesakan di tempat menunggu," katanya.

Setakat ini, Malaysia merekodkan jumlah keseluruhan 6,176 kes Covid-19, bagaimanapun jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak kini sebanyak 1,747 kes.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.