Skip to main
Logo Malaysiakini

Lonjakan kes di Kuala S'gor lepas peniaga ke pasar borong KL

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Lonjakan kes Covid-19 di Kuala Selangor semalam berkaitan dengan peniaga yang mengunjungi pasar borong Kuala Lumpur di Selayang, kata Jabatan Kesihatan Selangor.

Tiga belas kes baru disahkan di daerah itu semalam, 10 daripadanya tertumpu di mukim Tanjung Karang.

Yang lain berada di mukim Jeram dan Api-Api. Kes di Api-Api adalah yang pertama berlaku di kawasan ini sejak awal wabak pada bulan Januari.

Jabatan Kesihatan Selangor memaklumkan pihaknya melakukan pemeriksaan di kalangan peniaga dan pemborong di seluruh negeri selepas dua peniaga didapati positif Covid-19 di pasar Taman Megah dan Jalan Othman di Petaling Jaya.

Ketika dihubungi, anggota exco kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, jangkitan itu juga melibatkan ahli keluarga peniaga.

"Para peniaga membeli barang dari pasar borong dan kemudian menjangkiti ahli keluarga mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kes tersebut ada kaitan dengan kluster jangkitan pasar borong, yang semalam mencatatkan 36 kes baru. Hanya satu daripadanya melibatkan rakyat Malaysia.

Terdahulu, beliau berkata bahawa penjejakan kontak kluster pasar borong juga mendapati kes yang melibatkan peniaga dari luar Selangor hingga ke Bahau, di Negeri Sembilan.

Malaysia mencatatkan 105 kes baru semalam, kenaikan harian tiga digit pertama sejak 16 April.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.