Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 854 korban, lebih 11,000 kes di Indonesia

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Sebanyak 14 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 845 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata kes positif virus itu juga meningkat kepada 11,192 kes iaitu tambahan 349 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

"Ketika ini, sebanyak 23,130 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 398 kes, diikuti Jawa Timur (111), Jawa Tengah (85) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.