Skip to main
Logo Malaysiakini

Perlis setuju laksana PKPB esok

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan Perlis akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mulai esok selari dengan pengumuman kerajaan untuk membuka semula kebanyakan sektor ekonomi dan perniagaan.

Menurut Bernama, kerajaan Perlis berkata sektor awam di negeri itu juga kembali beroperasi esok bagi memastikan kesinambungan penyampaian khidmat kepada penduduknya.

Pada masa sama kerajaan negeri berkata Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) menilai pelaksanaan PKPB terhadap sektor ekonomi dari masa ke masa, dengan mengambil kira keadaan negeri itu yang dikategorikan sebagai zon hijau, iaitu sifar kes Covid-19.

Kerajaan negeri berkata pihaknya mengambil serius usaha mengekalkan Perlis sebagai zon hijau demi kesejahteraan penduduknya.

Menerusi PKPB, kebanyakan perniagaan dan kegiatan sosial dibenarkan berjalan semula tetapi perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.

Bagaimanapun sebarang kegiatan atau perniagaan yang membawa kepada perhimpunan, sentuhan badan dan kesukaran mengamalkan penjarakan sosial masih dilarang.

Pada masa sama, enam negeri iaitu Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah tidak akan berbuat demikian, sebaliknya meneruskan perintah kawalan pergerakan (PKP)

https://www.malaysiakini.com/news/523853

Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti perniagaan pada 8 Mei tetapi mengekalkan sekatan PKP lain, seperti menyekat sebarang aktiviti rekreasi sehingga 12 Mei.

Pahang, Kelantan dan Kedah akan membincangkan sama ada akan membuka semula sektor ekonomi minggu hadapan.

Kerajaan Johor pula dijangka hanya akan membuat pendirian apabila majlis keselamatan negara bermesyuarat esok.


Senarai penuh kegiatan yang tidak dibenarkan ketika PKPB

Garis panduan MKN untuk pembukaan semula perniagaan

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.