Skip to main
Logo Malaysiakini

Pompeo: AS ada bukti virus berpunca dari makmal Wuhan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mendakwa negara itu mempunyai "sejumlah besar bukti" bahawa wabak koronavirus berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China.

Beliau walau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan pusat perisikan AS yang mengatakan virus itu bukan buatan manusia atau diubahsuai genetiknya.

"Terdapat sejumlah besar bukti bahawa ini berasal dari makmal di Wuhan," kata Pompeo kepada ABC's This Week, yang merujuk kepada virus yang muncul akhir tahun lalu di China dan telah membunuh sekitar 240,000 orang di seluruh dunia, termasuk lebih dari 67,000 di AS.

Pompeo kemudiannya membuat kenyataan bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu oleh pusat perisikan AS yang mengatakan bahawa virus itu nampaknya bukan buatan manusia atau diubah secara genetik.

Kenyataan itu melemahkan teori konspirasi yang dianjurkan oleh aktivis anti-China dan beberapa penyokong Presiden Donald Trump yang mendakwa virus berkenaan dihasilkan di makmal senjata biologi kerajaan China.

"Bagaimanapun beliau menegaskan, China mempunyai sejarah wabak itu yang menjangkiti dunia dan menjalankan makmal di bawah standard.

"AS akan bertanggungjawab kepada mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Setakat ini lebih 245,000 nyawa menjadi korban dengan 3.5 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia, memaksa kira-kira separuh daripada penduduk dunia terpaksa berkurung, yang menyaksikan kemerosotan ekonomi terburuk.

Wlau bagaimanapun beberapa negara Eropah dan sebahagian AS sedang bersedia menarik semula perintah berkurung susulan semakin reda bagi memulakan kembali ekonomi yang terjejas teruk.

- Reuters

[Baca berita penuh]