Lagi 315 pesakit maut di UK, kematian cecah 28,446
GLOBAL l Lagi 315 pesakit Covid-19 maut di Britain, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 28,446, kata Menteri Kabinet Michael Gove pada Ahad, menurut agensi berita Xinhua.
Dalam tempoh 24 jam lalu sehingga 9 pagi (0800 GMT) Ahad terdapat 76,496 saringan Covid-19 sudah dijalankan.
Beliau berkata dalam beberapa hari lagi, Perdana Menteri Boris Johnson akan mengumumkan rancangan kerajaan mengenai langkah yang bakal dilaksana seterusnya apabila sekatan pergerakan di Britain dilonggarkan.
Katanya, pelan komprehensif itu termasuk "bagaimana untuk memacu kembali ekonomi, membuka semula sekolah, perjalanan dan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat."
Beliau berkata kerajaan juga akan memperuntukkan dana tambahan £1.6 bilion (US$2 bilion).
Sementara itu, Pengarah Perubatan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England Stephen Powis berkata waktu puncak kemasukan ke hospital sudah berlalu, terutamanya di London.
Ini "terbukti" dengan kadar penularan wabak dalam masyarakat semakin menurun, walaupun terdapat peningkatan kes ia disebabkan pertambahan orang yang menjalani saringan Covid-19, kata Powis.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai