Skip to main
Logo Malaysiakini

40,000 warga Thailand di M'sia selamat pulang ke negara asal

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seramai 40,000 warga Thailand di Malaysia selamat pulang ke negara asal mereka, melalui udara dan pusat pemeriksaan sempadan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac.

Seorang wakil Kedutaan Thailand di Malaysia berkata kira-kira 11,000 lagi dijangka kembali ke negara mereka melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand.

"Bagaimanapun, tidak semua warga Thailand mahu dan minta untuk pulang ke Thailand," kata wakil itu kepada Bernama.

Menurutnya, beberapa pintu masuk sempadan dibuka mulai 18 April - iaitu Padang Besar, Sungai Golok, Betong, Wang Prachun dan Thammalung Pier.

Namun, hanya 350 orang dibenarkan memasuki Thailand dalam sehari kerana mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan kuarantin selama 14 hari.

"Justeru, kita kena pastikan rawatan dan kemudahan yang disediakan mencukupi semasa mereka masuk ke Thailand," katanya.

Kira-kira 200 daripada 500 penuntut Thailand masih berada di Malaysia semasa PKP.

Kedutaan turut membantu pelajar dengan menyediakan beberapa keperluan asas serta makanan.

- Bernama