Skip to main
Logo Malaysiakini

Hanya 10 sekatan jalan raya di Kelantan semasa PKPB

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

KORONAVIRUS | Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bersyarat di Kelantan yang bermula esok, hanya 10 sekatan jalan raya dikekalkan berbanding 36 sebelum ini, kata Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata, sekatan yang terlibat melibatkan jalan raya di sempadan antara negeri dan antarabangsa.

"Polis akan kurangkan kepada 10 sekatan jalan raya daripada 36 sekatan semasa PKPB.

"Ia melibatkan sekatan di sempadan antara negeri-negeri dan sempadan negara (antarabangsa), misalnya di sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Perak atau sempadan Malaysia-Thailand," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengumumkan pelaksanaan PKPB akan dilaksana di negeri itu bermula esok. 

Sementara itu Hasanuddin berkata, dalam tempoh PKPB juga pihaknya akan meletakkan pegawai dan anggota di tempat-tempat awam.

"Ia sebagai pemantauan terhadap pematuhan prosedur dan syarat-syarat PKPB oleh orang ramai," jelasnya.

Dalam perkembangan lain Hasanuddin berkata, setakat ini polis Kelantan menerima lebih 900 permohonan kemasukan dan keluar orang awam melibatkan Kelantan melalui aplikasi Gerak Malaysia.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.