Skip to main
Logo Malaysiakini

Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Wesak

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Baginda berdua bertitah penularan wabak Covid-19 bukan sahaja membawa cabaran baru kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kepercayaan, malah turut mewujudkan suasana baru dalam kehidupan harian.

“Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dengan kebiasaan baru dan dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19,” menurut baginda berdua dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.