Skip to main
Logo Malaysiakini

PH tak boleh menang jika hanya harap keruntuhan PN - Nik Nazmi

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pakatan Harapan (PH) perlu muhasabah diri dan memperbaiki kesilapan untuk mendapat kembali kuasa, bukan hanya berharap pesaingnya Perikatan Nasional (PN) runtuh, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menulis panjang menjelang ulang tahun kedua kemenangan PH menjatuhkan BN pada 9 Mei 2018, Nik Nazmi mengingatkan terhadap masa depan mencabar gabungan itu.

“Bukan saja kita hilang kuasa di peringkat persekutuan susulan Langkah Sheraton yang kontroversi, Malaysia juga mula bergelut dengan kejatuhan sosioekonomi kerana pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP),” kata Nik Nazmi.

Jelasnya, meskipun ekonomi dibuka kembali menerusi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), masih banyak kerja dan masa diperlukan untuk kembali kepada keadaan sebelum ini.