Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Kes positif di Indonesia lebih 13,000, jumlah korban 943

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Enam belas lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 956 kes, manakala kes positif kini seramai 13,645.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku pertambahan 533 kes baharu, manakala 113 pesakit telah sembuh menjadikan mereka yang sembuh kini 2,607 orang.

"Seramai 29,690 pesakit masih berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 427 kes diikuti Jawa Timur (141 kes), Jawa Barat (95) dan selebihnya dari wilayah lain di Indonesia.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.