Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Lebih 5,000 pesakit pulih, 67 jangkitan baru

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jumlah pesakit Covid-19 yang pulih telah mencapai 5,025 orang atau 75.5 peratus, dengan 96 pesakit pulih dicatatkan pada hari ini.

Sementara itu, terdapat 67 jangkitan baru setakat tengah hari ini, 49 daripadanya melibatkan warga asing.

Seorang rakyat Malaysia dijangkiti di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di sekitar pasar borong Kuala Lumpur.

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 6,566 kes.

Kluster di Pedas, Negeri Sembilan pula menyaksikan peningkatan 43 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 131 kes dan daripada jumlah itu 122 kes daripada kalangan warga asing.

Sementara itu, kluster pasar Chow Kit pula merekodkan mencatatkan 5 jangkitan baru.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kematian yang direkodkan, dengan jumlah 108 korban setakat ini.

Tidak ada jangkitan baru di antara kluster aktif lain atau kawasan PKPD.

Noor Hisham turut memberi jaminan pengesanan kes aktif Covid-19 sedang giat dijalankan.

Sementara itu, ujian besar-besaran di kawasan PKPD, katanya, akan dilakukan tanpa mengira kewarganegaraan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.