Skip to main
Logo Malaysiakini

Dron pantau PKPD Jalan Othman PJ

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Polis menggunakan dron untuk memantau dan mengawasi pergerakan di sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di pasar Jalan Othman di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dron juga turut digunakan untuk membuat hebahan kepada penduduk yang berada dalam kawasan PKPD itu.

“Sepanjang operasi ini, dron digunakan untuk membantu mengawal dan memantau pergerakan individu secara lebih meluas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Kelana Jaya hari ini.

Nik Ezanee berkata beliau juga berpuas hati dengan kadar kepatuhan PKPD yang sedang dilaksanakan di pasar Jalan Othman.

“Kesemua penduduk di sini mematuhi arahan yang dikeluarkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini, 494 individu daripada 2,190 penduduk di kawasan PKPD tersebut telah menjalani saringan.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.