Skip to main
Logo Malaysiakini

Arab Saudi laksana perintah berkurung sempena Aidilfitri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Arab Saudi pada Selasa mengumumkan perintah berkurung 24 jam di seluruh negara akan dilaksana bermula 23 hingga 27 Mei sempena Aidilfitri, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).

Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak mematuhi sepenuhnya arahan terbaru itu untuk mencegah penularan Covid-19, termasuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti menjaga jarak sosial dan tidak berhimpun melebihi lima orang atau lebih.

Dalam tempoh itu, pergerakan bebas hanya dibenarkan bermula 9 pagi hingga 5 petang di semua bandar dan wilayah Arab Saudi - kecuali di Mekah.

Perintah berkurung 24 jam masih dilaksana di Mekah.

Kegiatan komersial dan ekonomi juga dibenarkan dalam tempoh itu.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.