Perokok lebih mudah dijangkiti Covid-19: WHO
Golongan perokok lebih mudah terdedah dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang tidak merokok, menurut kajian pakar kesihatan awam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Anadolu.
"Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang paru-paru," kata WHO dalam satu kenyataan.
"Merokok mengganggu fungsi paru-paru boleh menyebabkan tubuh badan sukar untuk melawan virus Covid-19 dan penyakit lain," tambah kenyataan itu.
WHO turut memberi amaran kepada penyelidik, saintis dan media yang menguatkan dakwaan kononnya tembakau atau nikotin dapat mengurangkan risiko Covid-19.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa kajian menunjukkan jumlah orang yang tidak merokok lebih ramai dijangkiti Covid-19 berbanding perokok.
Kajian saintis Perancis yang dimuat naik dalam portal Qeios pada akhir April mengatakan merokok boleh menjadi faktor dilindungi dijangkiti Covid-19.
Menurut penyelidik itu hanya lima peratus daripada 482 pesakit Covid-19 di hospital Pitie-Salpetriere di Paris pada 28 Februari-9 April adalah perokok.
Sementara itu, dalam kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada akhir Mac, mendedahkan hanya 12.6 peratus dari 1,099 orang dijangkiti virus itu terdiri mereka yang merokok. Kadar merokok di China sekitar 28 peratus.
Menurut WHO, tembakau membunuh lebih lapan juta orang di seluruh dunia setiap tahun. Lebih tujuh juta kematian disebabkan penggunaan tembakau secara langsung dan sekitar 1.2 juta akibat terdedah kepada asap rokok.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai