Skip to main
Logo Malaysiakini

Patrick Teoh dibebas dengan jaminan polis

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, yang ditahan bagi membantu siasatan kerana menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman lima hari berakhir hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ketika dihubungi berkata, bagaimanapun pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan.

"Teoh diberi jaminan polis, dibebaskan pagi tadi.

"Kita sedang menyiapkan siasatan dan menunggu laporan forensik," katanya.

Sabtu lalu, Teoh, ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).

Sebuah komputer riba milik Teoh turut dirampas.

Penahanan Teoh dibuat susulan laporan daripada orang awam berhubung kenyataan jelik di laman sosial Facebook berbaur hinaan terhadap Tunku Ismail.

- Bernama