Daesh bunuh tiga orang awam di utara Iraq
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dalam serangan keganasan oleh Daesh di wilayah Saladin utara Iraq, kata seorang pegawai pada Jumaat.
Anggota suruhanjaya keselamatan Majlis Wilayah Saladin Mehdi Taki berkata seorang ketua kampung dan dua saudaranya maut dalam kejadian itu. Daesh turut membakar rumah ketua kampung.
Pada akhir 2017, pegawai di Baghdad menyatakan kumpulan Daesh di Iraq sudah berjaya dibanteras.
Namun, dilaporkan masih terdapat saki baki pengganas yang bersembunyi di bandar Anbar, Diyala, Kirkuk, Saladin dan Mosul.
Berikutan itu, tentera Iraq meneruskan operasi untuk memerangi saki baki anggota Daesh di bandar berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai