Skip to main
Logo Malaysiakini

YB ‘zip’ mulut, raptai lantikan exco Kedah esok

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah Perikatan Nasional (PN) yang mengadap sultan Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah hari ini tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media.

Pendirian itu dibuat walaupun media berkumpul di luar Wisma Darul Aman, Alor Setar, tempat pertemuan dilangsungkan sejak 9.15 pagi

Ketika dihubungi, Ketua Pembangkang Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata “kena zip mulut hari ini”.

Difahamkan, Adun PH dijadual bertemu sultan pada sesi petang.

Sultan menerima mengadap kesemua Adun di negeri itu selepas PAS Kedah - pemegang kerusi terbanyak dalam DUN - mendakwa mempunyai sokongan 23 daripada 36 Adun untuk membentuk kerajaan baru.

Sementara itu, terdapat surat daripada pejabat setiausaha kerajaan negeri menyebut majlis angkat sumpah exco akan berlangsung Ahad ini.

Raptai acara itu difahamkan akan berlangsung esok.

Pergolakan di Kedah berlaku susulan pertembungan di peringkat pusat apabila Mukhriz, seperti Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad yang juga bapanya, menolak kerjasama dengan PN.

Setakat kelmarin, Mukhriz mengaku beliau masih menteri besar yang sah selagi PN belum membuktikan majoritinya secara rasmi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah Anuar Abdul Hamid menegaskan pendirian PH bahawa undi tidak percaya harus dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Ia tidak harus dilakukan melalui temu bual atau alternatif kedua dengan membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya baru,” katanya.

Peralihan kuasa di Kedah paling lambat Isnin ini - laporan