Skip to main
Logo Malaysiakini

RON95, RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 6 sen manakala diesel naik 5 sen berbanding minggu lalu, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, harga RON95 bagi tempoh 16 hingga 22 Mei pada harga RM1.31 seliter, berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Harga RON97 bagi tempoh itu pula pada RM1.61 seliter, berbanding RM1.55 seliter sebelum ini.

Harga diesel dijual pada harga RM1.45 seliter berbanding RM1.40 seliter sebelum ini.

Kementerian itu berkata, kenaikan disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

"Bagaimanapun kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu lagi.