Muhammad Sanusi mulakan tugas hari pertama sebagai MB Kedah
Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas hari pertama beliau di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.
Ketibaan Muhammad Sanusi, 46, disambut Ketua Setiausaha Sulit beliau Datuk Armishah Siraj sebelum mengetip kad perakam waktu pada 8.43 pagi.
Beliau kemudian beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar kira-kira 10 minit sebelum memulakan tugas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu semalam selepas Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pelantikannya.
Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Muhammad Sanusi mendapat sokongan majoriti ADUN.
Sebelum itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta setelah kehilangan kepercayaan majoriti Adun negeri ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai