Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumah Undang Luak Johol

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Tiada sebarang majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri akan dianjurkan di Balai Undang Luak Johol pada tahun ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Menurut Undang Luak Johol Datuk Muhammad Abdullah, keputusan berkenaan adalah selaras dengan arahan kerajaan pusat yang tidak membenarkan sebarang penganjuran rumah terbuka dibuat, yang bertujuan untuk memutuskan rantaian virus maut itu.

“Nampaknya saya terpaksa akur dengan arahan daripada kerajaan iaitu pada tahun ini, di Luak Johol, tidak akan ada majlis rumah terbuka untuk rakyat Johol. Ini kerana kita berada dalam krisis wabak Covid-19.

“Kalau tidak, kita pun takut juga...sebab kalau dah ramai datang seperti tahun-tahun sebelum ini (kehadiran) menjangkau 7,000 hingga 8,000 orang. Jadi apabila ada arahan kerajaan yang sebenarnya dikeluarkan kerajaan kerana nak menjaga nyawa, jadi rakyat kena faham...jangan anggap peraturan-peraturan yang diberitahu oleh kerajaan ini merupakan beban,” katanya di Kuala Pilah, hari ini.

Beliau berkata masyarakat juga perlu berlapang dada dengan peraturan yang dikeluarkan kerajaan yang bersifat pelindung demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.