Lima bekas presiden sanggah kenyataan presiden Majlis Peguam
Beberapa peguam terkenal, termasuk lima bekas presiden Majlis Peguam mengkritik kenyataan Presiden Majis Peguam Salim Bashir berhubung kes yang dihadapi Riza Shahriz Abdul Aziz yang disiftakan "tidak bercirikan" badan itu yang bebas dan adil.
Ini setelah Salim mengeluarkan "pernyataan umum" mengenai keputusan mahkamah yang “melepas tanpa membebaskan (DNAA)” Riza atas tuduhan pengubahan wang haramnya yang melibatkan dana 1MDB.
Riza adalah anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak.
Lima peguam berkenaan menyifatkan Salim tidak membahas inti perjanjian kontroversi itu dengan Riza dan hanya membuat komen umum mengenai prosedur mahkamah.
Mereka menambah bahawa sebagai peguam tidak perlu membuat pernyataan jika tidak ada yang bermakna untuk disumbangkan.
Malaysiakini telah menghubungi Salim untuk mendapatkan reaksinya.
Penyataan bersama itu dikeluarkan oleh peguam J Armadas, Ng Kong Peng dan bekas presiden majlis peguam Kuthubul Zaman Bukhari, Yeo Yang Poh, Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan dan Lim Chee Wee.
Pad 14 Mei lalu, persetujuan yang dicapai pihak Riza dengan pendakwaan dalam lima pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).
Dalam persetujuan itu, Riza dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta).
Jika Riza gagal untuk mematuhi perjanjian tersebut, maka pendakwaan berhak untuk mengenakan semula pertuduhan tersebut dan mendakwanya di mahkamah.
Kerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta) hasil persetujuan dicapai di antara pihak pendakwaan dan Riza.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai