Skip to main
Logo Malaysiakini

KKM perhalusi SOP bagi bolehkan kedai gunting rambut dibuka

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengumpulkan data dan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) untuk membolehkan kedai gunting rambut dibuka semula.

Dalam taklimat hariannya di Putrajaya, hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bahawa kementerian sedang mencari jalan untuk membendung penularan wabak Covid-19 jika kedai gunting dibenarkan beroperasi.

“Perkara ini telah kita lihat dan apa yang kita perlukan adalah data, kita nak tahu berapa ramai pekerja asing yang mengunting rambut.

“Ini satu lagi data yang perlu kita dapatkan sebelum kita boleh cadangkan untuk buka (semula) kedai gunting rambut.

“Tetapi yang pasti, SOP telah disediakan dan KKM sedang melihat SOP tersebut. Kita sedang memperhalusi SOP tersebut untuk perlaksanaan,” katanya ketika ditanya adakah kedai gunting boleh beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

[Baca berita penuh]