MB baru Kedah pegang 7 portfolio termasuk kewangan
Sebelas anggota exco kerajaan negeri Kedah yang baru mengangkat sumpah jawatan itu hari ini di Wisma Darul Aman, dengan Menteri Besar baru Muhammad Sanusi Md Nor memegang sebahagian besar portfolio.
Barisah exco berkenaan terdiri daripada lapan Adun PAS, Bersatu (3), Bebas (2) dan Umno (1), menyaksikan lapan muka baru dilantik.
Sanusi yang juga Adun PAS Jeneri memegang tujuh portfolio iaitu Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri.
Seperti yang dilaporkan Malaysiakini semalam, dua bekas Adun PKR di Kedah, yang kini menyokong Perikatan Nasional, dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Adun Lunas, Azman Nasrudin, yang memegang jawatan exco negeri di bawah Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum 2018, kini memegang portfolio Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.
Sementara itu, Adun Sidam Robert Ling memegang portfolio Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam.
Kedua-dua mereka meletakkan jawatan dari PKR minggu lepas dan mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.
Mereka menyertai empat Adun Bersatu yang beralih sokongan kepada Muhyiddin sehingga membawa kepada kejatuhan Menteri Besarnya sebelum sebelum ini Mukhriz Mahathir.
Senarai exco seperti berikut:
Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Bersatu):
1. Industri dan Pelaburan.
2. Sains, Teknologi dan Inovasi.
3. Pengajian Tinggi.
Dr Mohd Hayati Othman (PAS):
1. Kesihatan.
2. Kerajaan Tempatan.
Suraya Yaacob (Umno):
1. Bekalan air dan sumber air.
2. Kerja Raya.
3. Tenaga.
Siti Aishah Ghazali (PAS):
1. Pembangunan Luar Bandar.
2. Pembangunan Insan.
3. Pembasmian kemiskinan.
Halimaton Shaadiah Saad (Bersatu):
1. Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
2. Kebajikan.
Najmi Ahmad (PAS):
1. Agama.
2. Pendidikan.
3. Sumber Manusia.
Wan Romani Wan Salim (PAS):
1. Penerangan, komunikasi dan multimedia.
2. Perdagangan dalam negeri.
3. Hal ehwal pengguna.
Mohd Firdaus Ahmad (Bersatu)
1. Pelancongan, seni dan budaya.
2. Belia dan sukan.
3. Pembangunan usahawan dan koperasi.
Azman, Halimaton dan Firdaus memegang jawatan exco semasa pentadbiran Mukhriz selama dua tahun sebelum bekas menteri besar itu meletakkan jawatan pada Ahad lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai