Skip to main
Logo Malaysiakini

DUN Perlis bersidang kurang dua jam

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini memulakan persidangan dua harinya dengan bersidang selama satu jam 57 minit.

Persidangan bermula pada 10.05 pagi dan dihadiri oleh 14 daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Difahamkan Adun Tambun Tulang Ismail Kassim tidak hadir kerana terkandas di Kalimantan, Indonesia.

Sebelum memasuki dewan, kesemua Adun terbabit menjalani saringan kesihatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis yang bermula pada 9 pagi, selaras dengan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pada persidangan itu, Menteri Besar Azlan Man mencadangkan usul Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi meminda had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta had umur bertanding sebagai calon pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Selepas dibahaskan oleh lima Adun, usul pindaan itu diluluskan oleh persidangan DUN yang dipengerusikan Speaker Hamdan Bahari.

Persidangan bersambung esok.

- Bernama