Skip to main
Logo Malaysiakini

Rakyat pulang dari luar negara akan kena caj kuarantin hotel

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Bermula 1 Jun ini, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan diwajibkan membayar 50 peratus daripada kos kuarantin hotel sebanyak RM150 sehari.

Sementara itu, individu bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap dan tanggungan mereka perlu membayar kos penuh.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020.

"Bagi warga tempatan, mereka diminta membayar 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel iaitu separuh daripada (contohnya) RM150, bermaksud separuh ditanggung kerajaan, separuh ditanggung individu terbabit.

"Bagi bukan warganegara termasuk pemastautin tetap, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos caj kuarantin hotel," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, mereka yang ingin pulang mesti menadatangani perjanjian untuk membayar kos tersebut sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Ismail Sabri berkata, salinan perjanjian itu boleh didapati di pejabat kedutaaan Malaysia, dan syarikat penerbangan mesti memastikan bahawa semua penumpang telah menadatangani perjanjian tersebut sebelum mereka dibenarkan menaiki pesawat.

[Baca berita penuh]