Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Sabah tak benar ziarah kubur ketika Aidilfitri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ziarah kubur merupakan antara lapan aktiviti yang tidak dibenarkan semasa perayaan Aidilfitri di Sabah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong.

Beliau berkata tujuh lagi aktiviti tidak dibenarkan sepanjang Aidilfitri tahun ini ialah berkunjung ke rumah saudara-mara; balik kampung; rumah terbuka; berjemaah di masjid; kenduri; marhaban dari rumah ke rumah dan berpesta.

“Kerajaan negeri melalui Pusat Arahan Covid-19 Sabah menasihati semua rakyat di negeri ini supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara semasa sambutan Aidilfitri dan perayaan kebudayaan etnik.

”Adalah diingatkan sepanjang tempoh perayaan, sambutan hanyalah dibenarkan dalam kalangan keluarga tinggal serumah sahaja dan hendaklah tidak melebihi 20 orang bergantung kepada keluasan rumah,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Safar berkata kerajaan negeri juga berharap dengan pematuhan SOP itu akan dapat membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti.

Orang ramai dimohon untuk memastikan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sentiasa diutamakan, selain mengamalkan penjarakan sosial, katanya.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.