Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr M: Kita perlu bersyukur situasi Covid-19 di Malaysia tak seburuk negara lain

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat Malaysia yang menyambut Aidilfitri dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), agar bersyukur kerana keadaan Covid-19 di Malaysia tidak seburuk di negara lain.

"Kali ni kita raya dalam keadaan tertentu, iaitu kita tidak seperti biasa bebas pergi ke sana sini melawat kawan, ahli keluarga, dan sebagainya.

"Walaupun kita terpaksa beraya di rumah, tapi di rumah pun memadai memandangkan keadaan penyakit ini yang merebak di seluruh Malaysia, dan kita sedar bahawa perintah berkurung adalah satu perintah yang penting kita ikuti kerana kalau tidak penyakit ini akan merebak kepada lebih ramai rakyat.

"Sebab itu walaupun kita kecewa beraya tak macam dahulu, tetapi insyaAllah jika kita dapat kurangkan penyakit ini, sehingga berhenti, mungkin tahun depan kita dapat beraya seperti biasa.

"Kita harus bersyukur kerana di negara-negara lain keadaan jauh lebih teruk, mereka nak ada sekatan-sekatan pun tak dpt, mereka campur, mereka tak ikut peraturan dan dengan itu ada besar kemungkinan selepas raya akan ada di antara mereka yang menghidap penyakit ini," katanya.

"Tapi di Malaysia ini, kita tertib, patuh kepada peraturan," katanya.

Mahathir juga berkata bahawa semangat Aidilfitri tidak akan luntur bahkan orang ramai meraikannya.

"Hubungi rakan dan saudara-mara anda, manfaatkan teknologi yang ada. Walaupun jauh dari pandangan tetapi dekat dengan hati," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan larangan melakukan perjalanan antara negeri untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Adidilfitri.

Ziarah Aidilfitri pula dibenarkan hanya pada hari pertama dengan maksimum 20 orang setiap rumah.