Skip to main
Logo Malaysiakini

Lelaki gelandangan ditemukan mati di Serdang, dipercayai dibunuh

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Mayat seorang lelaki gelandangan berasal dari Sabah yang ditemukan orang ramai di Serdang pagi tadi dipercayai merupakan mangsa bunuh, kata Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan hari ini.

Katanya, orang ramai membuat laporan polis pada kira-kira 9 pagi tadi selepas menemukan mayat mangsa yang mempunyai kesan hentakan di badan dan kepala.

“Kami percaya mangsa yang dipercayai gelandangan telah meninggal dalam tempoh 24 jam. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 41 tahun dan berasal dari Sabah sering dilihat di kawasan tersebut sejak sebulan yang lalu.

Tambahnya, siasatan awal polis di lokasi juga tidak menemukan sebarang senjata dan hanya sebuah tilam dipercayai milik mangsa ditemukan di dalam longkang berhadapan perhentian bas itu.

- Bernama