Akaun Twitter rasmi @SPRMMalaysia alami masalah teknikal
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu @SPRMMalaysia mengalami masalah teknikal dan bukannya dinyahaktifkan seperti yang didakwa.
SPRM dalam kenyataan hari ini menyatakan akaun Twitter SPRM mengalami masalah sejak semalam dan SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari yang sama.
“Isu berkenaan kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter SPRM ini adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.
SPRM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti SPRM.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai