Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban Covid-19 di Amerika Syarikat cecah 100,047

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Jumlah korban Covid-19 di Amerika Syarikat mencecah 100,047 orang pada jam 5.32 petang (2132 GMT) Rabu, lapor agensi berita Xinhua, berdasarkan data dikeluarkan Johns Hopkins University.

Sementara itu, sebanyak 1,695,776 kes dilaporkan dengan New York kekal negeri paling teruk terjejas mencatatkan 364,965 kes dan 29,370 kematian.

New Jersey, Massachusetts, Michigan, Pennsylvania dan Illinois masing-masing melaporkan lebih 5,000 kematian.

- Bernama