Skip to main
Logo Malaysiakini

Kompleks ICQS Padang Besar disanitasi

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis hari ini melakukan proses sanitasi awam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 selepas enam pelajar Thailand yang melalui pintu sempadan berkenaan disahkan positif virus itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Ruhisya Haris berkata kerja-kerja sanitasi selama dua jam itu bermula pada 10 pagi melibatkan 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Besar.

“Proses sanitasi dimulakan dari pintu pagar utama sebelum jentera bomba bergerak masuk ke dalam Kompleks ICQS menggunakan penyembur berisi sodium hypochlorite,” katanya kepada pemberita di Padang Besar hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan Kompleks ICQS itu ditutup mulai semalam apabila enam pelajar warga Thailand berusia antara 23 dan 33 tahun yang baru kembali dari Arab Saudi masuk ke negara Gajah Putih itu menerusi pintu sempadan di Padang Besar dan disahkan positif COVID-19.

- Bernama