Skip to main
Logo Malaysiakini

MB Perak umum penstrukturan kecil portfolio exco

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan penstrukturan kecil dalam portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) selaras dengan pengagihan portfolio kepada tiga exco yang mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei lepas.

Menurutnya, portfolio Pengangkutan Awam yang dipegang oleh Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi telah diserahkan kepada Adun Lintang, Mohd Zolkafly.

Selain itu, portfolio Infrastruktur yang disandang oleh Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri turut dipindahkan kepada Mohd Zolkafly.

"Bertepatan dengan fokus pentadbiran kerajaan negeri untuk memperkasa sektor pertanian dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara, portfolio Abdul Yunus diperluaskan kepada PengerusiJawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan.

"Dengan ini, senarai barisan MMK Negeri Perak Darul Ridzuan dengan portfolio masing-masing telah lengkap sepenuhnya.

"Saya yakin dan percaya barisan MMK yang telah dilantik ini adalah pasukan yang dinamik serta komited dalam menggerakkan usaha membina semula ekonomi negeri ini susulan penularan pandemik Covid-19," jelasnya dalam satu kenyataan.

Berikut senarai penuh portfolio Exco Perak:

1. Ahmad Faizal Azumu - Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional

2. Saarani Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

3. Razman Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil

4. Nolee Ashilin Mohd Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan

5. Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

6. Abdul Yunus Jamahri - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan

7. Mohd Zolkafly Harun - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air dan Pengangkutan Awam

8. Dr Wan Norashikin Wan Noordin - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

9. Mohd Akmal Kamarudin - Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan

10. Khairul Shahril Mohamed - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia

11. Ahmad Saidi Mohamad Daud - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau