Skip to main
Logo Malaysiakini

Pegawai Wisma Putra tiada gejala positif Covid-19, Hisham dinasihat kuarantin

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang pegawai Wisma Putra didapati positif Covid-19 semalam dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Menurut jurucakap Wisma Putra, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein dan kakitangannya dari pejabat menteri telah dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah.

Hishammuddin dalam satu kenyataan berkata pegawai yang dijangkiti Covid-19 itu tiada gejala dan hanya dapat dikesan ketika pemeriksaan dilakukan di kementerian.

Selain kakitangan di pejabat menteri, beberapa kakitangan kementerian lain juga telah dikenal sebagai kontak rapat dan diuji hari ini. Mereka juga ditempatkan di bawah kuarantin selama 14 hari.

Hishammuddin juga memaklumkan pembasmian kuman Wisma Putra akan segera dilakukan.

Beliau meminta semua pegawai dan pelanggan kementerian supaya mematuhi SOP kesihatan untuk mengekang penyebaran Covid-19 termasuk memakai topeng dan menjaga kebersihan.

Pada masa ini, jumlah kes Covid-19 yang aktif di negara ini adalah 1,317 kes, manakala 6,330 pesakit telah discaj dari hospital.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.