Skip to main
Logo Malaysiakini

Azmin ketuai perbincangan projek HSR dengan Singapura

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HRS) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata perbincangan itu akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai HRS sehingga 31 Disember, 2020.

“Saya telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini,” kata Mohamed Azmin.

- Bernama