Dari kerusi MB ke lembaga nanas: Sahruddin dilantik terajui LPNM
Bekas menteri besar Johor, Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang baru.
LPNM, dalam kiriman di Facebook, mengucapkan tahniah kepada Sahruddin atas pelantikan tersebut.
"Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sahruddin atas pelantikan sebagai pengerusi LPNM yang baru," kata kenyataan itu.
Sahruddin merupakan menteri besar Johor yang paling singkat berkhidmat setelah kerajaan Johor pimpinan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu.
PH tumbang setelah Bersatu menarik diri daripada gabungan itu untuk membentuk kerajaan gabungan baru dengan BN dan PAS.
Walaupun Sahruddin adalah wakil rakyat Bersatu di Bukit Kepong, dia harus meletak jawatan sebagai menteri besar kerana partinya telah bersetuju untuk menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Umno.
Sahruddin menjadi menteri besar pada 14 April tahun lalu setelah pendahulunya Osman Sapian, yang juga dari Bersatu, memutuskan hubungan dengan pemimpin pusat.
Adun Benut Umno, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru pada 28 Februari.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai