Skip to main
Logo Malaysiakini

Adun Labuk nafi spekulasi mahu tinggalkan Warisan - Laporan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Adun Labuk di Sabah, Abdul Rahman Kongkawang menafikan dakwaan tular di Facebook bahawa beliau akan meninggalkan Warisan.

Portal Free Malaysia Today (FMT) memetik Abdul Rahman berkata beliau masih menyokong Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.

“Ia tidak benar. Saya masih bersama Warisan,” katanya.

Sebelum ini, terdapat satu hantaran di Facebook yang ditulis pemilik akaun “Jalil Sonyoto” menimbulkan persoalan spekulasi Abdul Rahman dikatakan ingin meninggalkan Warisan.

FMT turut melaporkan spekulasi tersebut berlaku di beberapa kawasan negeri tersebut di mana segelintir Adun kemungkinan meninggalkan parti kerana difahamkan tidak menunjukkan sokongan kepada Shafie.

Pembangkang di Sabah ketika ini mempunyai 17 kerusi DUN berbanding 47 kerusi yang dimiliki kerajaan. Lebih 33 kerusi diperlukan di bawah penguasaan pembangkang bagi membolehkannya untuk menumbangkan kerajaan negeri.

Di Semenanjung, Perikatan Nasional (PN) telah merampas kembali pentadbiran kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) di Johor, Melaka, Petak dan terbru di Kedah.

Susulan perubahan di Kedah, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa telah menyatakan bahawa usaha untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari PH itu akan berterusan.

“Ini adalah matlamat PN untuk menguatkan politik. Ia tidak akan berhenti di Kedah.

“Akan ada lagi satu, Jika ada satu atau dua lagi kerajaan negeri akan mengikuti jejak langkah Kedah, kami mengalu-alukan untuk beralih ke kerajaan PN,” katanya lagi.