Lelaki mati di lokap Jinjang selepas lima hari ditahan reman
Seorang lelaki Nepal meninggal dunia di lokap Jinjang di Kuala Lumpur, Ahad lalu, selepas lima hari dia direman, kata sebuah NGO.
NGO, Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) dalam satu kenyataan berkata Dhan Bahdur, 26, sepatutnya ditahan sejak 27 Mei hingga 30 Jun. Namun, dia didapati mati pada jam 8.20 pagi Ahad lalu oleh seorang paramedik daripada Hospital Selayang.
Menurut EDICT, mayat berkenaan tidak dilihat oleh koroner di tempat kejadian, yang melanggar Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
“Kegagalan untuk melihat mayat tersebut di tempat kejadian adalah kononnya disebabkan oleh bimbang akan jangkitan Covid-19 - kami masih belum dapat mengesahkan perkara ini,” katanya.
Seksyen 334 KTJ memperuntukkan bahawa majistret/koroner hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang sebarang kes kematian yang berlaku di dalam tahanan.
Oleh itu, kata mereka, adalah amat penting untuk pihak koroner melihat mayat simati di tempat kejadian sebelum mayat tersebut dipindahkan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 330 KTJ.
Oleh itu, EDICT mendesak pihak polis dan ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk mengesahkan sama ada peruntukan mengenai keperluan koroner untuk melihat mayat di tempat kejadian menurut KTJ itu adalah dipatuhi.
NGO itu berklata, ini adalah amat penting terutamanya apabila begitu banyak bukti
salahlaku oleh para anggota yang menjaga tempat tahanan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.
Menurut data badan hak asasi manusia Suaram, sebanyak 257 kematian dalam tahanan dicatat dari tahun 2002 hingga 2016.
Sepanjang tahun 2010 dan 2018, hanya sembilan anggota polis yang didakwa di mahkamah kerana menyebabkan kecederaan atau kematian kepada tahanan, kata badan itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai