Skip to main
Logo Malaysiakini

22 kemalangan babitkan pemandu mabuk dilapor sejak Jan hingga Mei

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sejumlah 22 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dilapor dengan seramai 822 orang telah ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam tempoh lima bulan tahun ini, menurut polis.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias, berkata mereka yang ditahan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 15 hingga 41 tahun.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis akan meningkatkan operasi (mengesan pemandu) mabuk di seluruh negara. Saya minta agensi-agensi penguat kuasa yang lain untuk mengambil tindakan keras dan kawal penjualan arak yang sangat mudah dibeli dan diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azisman berkata daripada 22 kes kemalangan yang dilapor itu, 12 kes masih dalam siasatan manakala 10 kes lagi telah dituduh di mahkamah.

-Bernama