Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Rusuhan kaum di AS jadi pengajaran buat semua, termasuk Malaysia’

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Malaysia boleh mempelajari daripada pengalaman Amerika Syarikat yang menyaksikan bantahan dan rusuhan di seluruh negara akibat diskriminasi kaum, kata presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, apa yang berlaku hari ini di Amerika Syarikat susulan kes George Floyd, seorang warga Afrika Amerika yang mati semasa dalam tahanan polis di Minneapolis, telah menunjukkan punca masalah di negara itu.

“Ini bukan perkara baru. Apa yang menyebabkan kemarahan adalah kerana fahaman perkauman yang sempit, penghinaan kaum, penghinaan kulit hitam selama ratusan tahun,” katanya dalam sesi perbincangan langsung secara maya di Facebook petang ini.

Anwar berkata apa yang boleh dipelajari oleh rakyat Malaysia adalah isu perkauman mempengaruhi semua orang.

Justeru, kata inilah sebab mengapa agama tegas menentang diskriminasi kaum, sambil memetik sejarawan Britain, Arnold J Toynbee.

“Puncanya apabila ada sikap meremehkan, menghina, dan seperti mana kita lihat dalam paparan video dan foto yang banyak, kita harus faham puncanya adalah sikap diskriminasi kaum, benci kaum, hina orang kulit hitam, menindas mereka.

“Akibat dan buktinya ialah saban bulan berlaku pembunuhan penghinaan, diskriminasi di seluruh Amerika.

“Dan ini mengakibatkan bantahan. Hampir keseluruhan bantahan itu demo secara aman tetapi ada ada beberapa pelanggaran hukum kerana kemarahan membuak masyarakat,” katanya.

Moratorium sewa rumah

Sementara itu, Anwar juga menyentuh tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan membendung penularan pandemik Covid-19.

Presiden PKR itu disertai oleh Jason Ong dan Shukri Mat, membincangkan masalah penyewa rumah yang tidak mampu membayar sewa.

Ong adalah Adun Pulau Pinang untuk kerusi Kebun Bunga sementara Shukri adalah pendakwah abebas yang terjejas pendapatannya kerana PKP.

Anwar mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan moratorium penyewaan rumah untuk membantu mereka yang dicengkam kesempitan hidup.

Bersetuju dengan cadangan itu, Ong berkata, bantuan juga harus diberikan kepada pemilik rumah, khususnya mereka yang masih harus membayar pinjaman perumahan mereka.

“Ini perlunya kita ada satu undang-undang yang bernas bukan saja bantu penyewa-penyewa tetapi juga tuan punya rumah seperti dicadang oleh Anwar perlu ada satu seperti yang dicadangkan macam moratorium.

“Tetapi untuk konteks pembayaran sewa ini boleh temakan sebagai penangguhan untuk penyewa-penyewa yang tak mampu kerana kehilangan kerja,” katanya

[Baca berita penuh]