Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengecualian 100 peratus cukai jualan kereta

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020, bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

Insentif pengecualian cukai itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian 50 peratus cukai bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh sama.

- Bernama