Skip to main
Logo Malaysiakini

PM: Duti eksport minyak sawit diberi pengecualian 100 peratus

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan akan memberi pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Dis 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian penuh duti eksport ini dibuat bagi mendorong sektor komoditi.

“Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini,” katanya ketika mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan memperkasakan peningkatan mobiliti tenaga kerja pertanian melalui insentif yang diberikan kepada syarikat perintis untuk melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi bidang pertanian dan perladangan.

“Selain itu, pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti,” katanya.

- Bernama