Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 19 kes baru, satu kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jumlah kes baru jangkitan Covid-19 turun semula kepada dua angka hari ini setelah melonjak kepada 277 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya di Putrajaya, hari ini, berkata sebanyak 19 kes Covid-19 baru dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 8,266.

“Ingin dimaklumkan daripada 19 kes baru yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya.

Setakat tengah hari tadi, Dr Noor Hisham berkata, 51 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,610 orang atau 80 peratus.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 1,540 kes.

Beliau juga mengumumkan satu kematian dicatatakan hari ini.

“Kes kematian ke-116 (kes ke-7733) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang.

“Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 Jun jam 10.20 malam,” katanya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.