Skip to main
Logo Malaysiakini

Jual keputusan ujian Covid-19 palsu: Dua lelaki direman seminggu

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dua lelaki Bangladesh direman Imigresen selama dua minggu selepas disyaki menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan negatif COVID-19 bagi warganegara asing pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kedua-dua suspek direman bermula Sabtu hingga 19 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan mereka.

“Ekoran kejadian itu, pihak polis akan terus melaksanakan pembanterasan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 dalam negara,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dua lelaki Bangladesh dilapor ditahan dalam dua serbuan di Jalan Alor di sini selepas disyaki menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warganegara asing.

- Bernama