Skip to main
Logo Malaysiakini

Asyraf perlu muhasabah sikap munafik politik, gesa Pemuda DAP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Howard Lee membidas apa yang disifatkannya sebagai 'kemunafikan politik' Pemuda Umno yang menggesa gencatan terhadap perseteruan dalam perebutan kuasa di Malaysia.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji berkata Umno dan sekutunya telah merampas kuasa daripada gabungan parti pemerintah yang dipilih secara demokratik tetapi kini mahukan gencatan politik.

"Jika jujur inginkan gencatan senjata, mudah sahaja - kembalikan kuasa yang kamu rampas agar mandat rakyat pada PRU ke-14 dapat diteruskan oleh Pakatan Harapan.

...Dengan itu, saya harap Ketua Pemuda Umno ( Asyraf Wajdi Dusuki) segera muhasabah diri dengan sikap munafik politiknya," kata Lee (gambar, bawah) pada suatu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, Asyraf meminta gencatan senjata politik untuk mempersiapkan negara menghadapi kegawatan ekonomi pada masa depan.

Gesaan itu dibuat ketika timbul spekulasi mengenai cubaan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menguasai kembali kerajaan dan langkah politik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menghalang usaha tersebut.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu setelah Mahathir menolak untuk memimpin gabungan baru yang disatukan oleh Muhyiddin yang terdiri daripada Bersatu, BN, PAS, GPS, PBS dan Star.

Muhyiddin telah mengumumkan Bersatu keluar PH, yang menyebabkan keruntuhan pentadbiran PH pada akhir Februari.

Mahathir membayangkan akan membawa Bersatu kembali bersama PH, tetapi pada masa ini Muhyiddin tampaknya menguasai parti itu.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.