Skip to main
Logo Malaysiakini

Israel: Lebih sejuta pelitup muka, sarung tangan didermakan M'sia ke Palestin

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Satu catatan media sosial oleh tentera Israel bahawa ia telah memindahkan lebih satu juta topeng muka dan sarung tangan pakai buang dari Malaysia ke Palestin telah menarik perhatian rakyat Malaysia.

Dalam catatan Facebook bulan lalu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan bahawa satu juta topeng muka dan 500,000 sarung tangan pakai buang telah disumbangkan oleh pihak berkuasa Malaysia, bersama dengan 100 katil hospital elektrik oleh Arab Saudi

Barangan ini kemudian dipindahkan ke Palestin oleh Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah (Cogat) - sebuah unit di bawah Kementerian Pertahanan Israel yang berkoordinasi dan berhubung dengan pihak berkuasa Palestin.

Walaupun catatan itu dimuat naik pada 15 Mei, ia menarik perhatian warganet di Malaysia baru-baru ini yang berkongsi mengenainya sejak dua hari lalu.

Malaysia adalah pengeluar sarung tangan getah yang terkemuka di dunia. 

Pada Januari, kerajaan Pakatan Harapan ketika itu telah menyumbangkan 18 juta sarung tangan perubatan kepada China sebagai sebahagian daripada usaha global untuk menangani wabak koronavirus.

Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai sumbangan tersebut.