Kes bunuh George Flyod, bekas anggota polis dibenar ikat jamin
GLOBAL l Bekas anggota polis, Derek Chauvin, yang terbabit dengan kematian George Floyd, lelaki Afrika-Amerika, hadir di sebuah mahkamah di Minneapolis pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
Semasa perbicaraan yang berlangsung secara maya itu, Chauvin dibenar ikat jamin tanpa syarat berjumlah US$1.25 juta atau jaminan bersyarat berjumlah US$1 juta.
Chauvin, 44, yang didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan tahap kedua lebih banyak berdiam dan hanya menjawab beberapa soalan.
Peguam Chauvin, Eric Nelson, tidak membantah jumlah jaminan yang ditetapkan mahkamah itu, kes disambung pada 29 Jun.
Tiga bekas pegawai polis lain yang dituduh bersubahat juga telah dipecat dan kini ditahan di penjara.
Chauvin mencetuskan protes besar-besaran di Amerika Syarikat, selepas bertindak menekan lututnya di leher Floyd selama lapan minit dan 46 saat pada 25 Mei, ketika menahan mangsa.
Floyd disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai